Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ini 5 November 2009, SMK. Kabogan 2, mengadakan sebuah majlis yang disebut sebagai "Majlis Penghargaan Kokurikulum". Majlis ini sebenarnya adalah idea daripada Pengetua (En. Abdul Said Hj. Mahid) untuk menghargai sumbangan dan usaha pelajar-pelajar SMK. Kabogan 2, yang pernah mewakili dan menaikkan imej sekolah dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun 2009.
Hasil daripada perbincangan dan pandangan daripada pengetua, para pelajar yang hadir diraikan dengan jamuan tengah hari dan penyerahan sijil penghargaan. Seramai 74 orang pelajar yang terlibat diraikan dalam majlis tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PK Pentadbiran (En. Dandai Hj. Uddang), PK HEM (En. Abdul Samad Hj. Sulaiman), PK Kokum (En. Muhadi Hj. Majid) dan guru-guru. Turut dijemput dalam majlis tersebut ialah Pn. Norkasmah Omar Batha (Mantan PK. Kokum, SMK. Kabogan II, - kini bertugas di SMK. Kabogan, sebagai PK. Kokum).
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar SMK. Kabogan II, yang telah memberikan sumbangan untuk menaikan imej sekolah sepanjang tahun 2009 ini. Semoga pada tahun hadapan usaha dilipatgandakan lagi untuk cemerlang dalam kokurikulum.
Sekian.
MUHADI HJ. MAJID
PK Kokum,
SMK. Kabogan II, Semporna
Tahniah atas penganjuran majlis yg memberi pengiktirafan sumbangan pelajar sepanjang tahun, pastinya memberiimpak besar kpd pelajar terlibat disamping motivat pelajar junior utk ikut jejak senior berlumba mempamer bakat selama belajar di sekolah...
BalasPadam