02 November 2009

Di Hujung Persekolahan 2009, bagaimana....

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, apa khabar semuanya. Hendaknya semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Syukur, sehingga pada hari ini kita masih diberi ruang untuk menghirup udara segar di bumi Allah yang maha kaya ini. Moga kita juga diberi kekuatan untuk meneruskan usaha dan langkah perjuangan dalam medan pendidikan ini. Medan yang sememangnya penuh mencabar dan dugaan ini harus kita tempuh walau betapa perit halangan yang menimpa.

Sedar tak sedar, kita (cikgu) rupa-rupanya sudah berada di penghujung persekolahan tahun 2009. Bagaimana usaha kita sepanjanag tahun 2009 ini? Adakah sudah berhasil? atau belum lagi menampakkan pulangan yang diharapkan? atau mungkin juga kita tidak mampu untuk mendepani cabaran yang kita harungi? atau kita sudah menemui jalan kegagalan? Walau apa pun keadaannya yang kita hadapi, seharusnya kita kenalah bermuhasabah diri. Kena renung, kena lihat dalam diri adakah usaha kita sepanjang tahun 2009 ini sudah mencukupi, atau bagaimana?

Kita sentiasa mengharapkan agar anak-anak didik kita memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Memang begitulah lazimnya. Kita akan rasa tumpang gembira apabila anak-anak didik memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kita juga akan rasa bangga jika keputusan mata pelajaran yang kita ajarkan itu turut meningkat. Kalau keputusan mata pelajaran itu merosot bagaimana? Kenalah berusaha lebih kuat, lebih tekun dan lebih segala-galanya lagi pada tahun hadapan? Bagaimana? Fikir-fikirkanlah!!!

Sekian, jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. Asallamualaikum..
    Peranan guru dalam membangunkan manusia sudah terlalu lama diperkatakan mengikut edaran masa masing-masing, tanpa kita sedari kini giliran generasi kita pula untuk sama-sama memeras otak dengan hanya tujuan meningkatkan mutu akademik dan juga sahsia pelajar.. Keputusan peperiksaan di tempat kita tidaklah banyak berubah.. Samaada dari segi kemerosotan maupun peningkatan. Dalam ertikata sebenar, tidak banyak para pendidik yang mempersoalkan jatuh bangunnya keputusan peperiksaan sesebuah sekolah. Kini tanggungjawab kita untuk rasa bersalah sekiranya keputusan matapelajaran yg kita ajar itu merosot begitu juga sebaliknya. Seseorang pendidik haruslah bertanggungjawab keatas kemerosotan subjek yg mereka ajar.. Keadaan ini akan mendorong peningkatan dimasa akan datang... Apapun, setiap apa yang kita rancangkan tidak sama seperti yang akan kita hadapi oleh itu jatuh bangunnya sesebuah sekolah tidak hanya terletak pada pentadbir malah seluruh warga sekolah berkenaan.. Kenapa ada 1 Malaysia, Tak boleh kah kita wujudkan 1 Sekolah pula? "Pelajar Di dahulukan, Peningkatan Di Utamakan,? Sekian.

    BalasPadam
  2. Salam cikgu Muhadi, bagus peringatan cikgu ni sesuai dgn apa yg dicatat dlm sumber 'rujukan' utama kita .."berilah peringatan..sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kpd org2 mukmin". Muhasabh adalah ciri penting sifat jatidiri seseorang bergelar 'manusia' yg juga dikenal sbg 'haiwan berfikir'. Manusia yg bertindak tanpa diasaskan dgn akal yg waras..adalah setaraf sama level(multi?) dgn haiwan lain yg majoriti berkaki 4...sama2lah kita fikirkan..

    BalasPadam