11 November 2009

Majlis Penutupan Aktiviti Selepas PMR 2009: SMK. Kabogan II, Semporna

Rabu, 11 November 2009: SMK. Kabogan II, Semporna. Majlis Penutupan Aktiviti Selepas PMR, SMK. Kabogan II, Semporna, selamat disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Said Hj. Mahid. Dalam ucapan, beliau menegaskan aktiviti selepas PMR adalah bertujuan untuk membentuk kecemerlangan pelajar dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Adalah diharapkan para pelajar dapat bersaing secara sihat dalam apa jua pun aktiviti yabg disertai di sekolah.


 Pengetua: Menyempurnakan majlis penutupan aktiviti selepas PMR 2009

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PK. Pentadbiran, En. Dandai Hj. Uddang, PK. HEM, En. Abdul Samad Hj. Sulaiman dan PK. Kokurikulum, En. Muhadi Hj. Majid.




Pengetua dan PK. HEM, En. Abdul Samad Hj. Sulaiman 





Sebahagian pelajar perempuan hadir dalam majlis berkenaan 

Pelajar-pelajar lelaki 


Guru-guru turut hadir dalam majlis tersebut

Hadiah disampaikan kepada pasukan yang mendapat tempat dalam pelbagai jenis aktiviti yang dikelolakan oleh unit kokurikulum, unit bahasa, unit agama, unit sains, pusat sumber dan kaunseling. Cenderamata turut diberikan kepada guru-guru yang terlibat dengan program aktiviti selepas PMR tahun 2009.

09 November 2009

Anugerah Khidmat Cemerlang 2008

Isnin, 9 November 2009: SMK. Kabogan II, Semporna, tiga orang guru yang berkhidmat di sekolah ini, telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2008. Mereka ialah Cikgu Mohd. Talib Hj. Hamzah, Cikgu Abd. Ramsa Hj. Abd. Rajah dan Cikgu Rudiah Hj. Muhadar. 








Cikgu Mohd. Talib Hj. Hamzah

Cikgu Rudiah Hj. Muhadar








Cikgu Abd. Ramsa Hj. Abd. Rajah


 Majlis Anugerah Khidmat Cermerlang tersebut diadakan di Dewan SRJK (C) Nyuk Chin, Tawau pada 7 November 2009 (Sabtu).Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah bermula pada pukul 8.00 pagi dan dihadiri oleh penerima Anugerah Khidmat Cemerlang dari daerah Tawau dan Semporna.

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2008. Semoga anugerah tersebut menjadi pendorong untuk berkhidmat lebih cemerlang lagi pada tahun-tahun akan datang.

07 November 2009

Hari Profesionalisme: SMK. Kabogan II, Semporna

Sabtu, 7 November 2009: SMK. Kabogan II, Semporna, telah menganjurkan Hari Profesionalisme yang diadakan di Bilik Sambili I, Seafest Hotel. Hari Profesionalisme yang dianjurkan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Hari Profesionalisme dihadiri oleh guru-guru SMK. Kabogan II. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PK. Pentadbiran (En. Dandai Hj. Uddang), PK. HEM (En. Abdul Samad Hj. Sulaiman), PK. Kokum (En. Muhadi Hj. Majid) dan PK Petang (En. Mahathir Hj. Kabollani)

Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan slot ceramah dalam majlis ilmu tersebut ialah En. Makhtar Hj. Nor, Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.


En. Makhtar Hj. Nor mengendalikan sesi ceramah


 PK. Pentadbiran, PK. Petang & PK. HEM
tekun mendengar slot ceramah

 
Sebahagian guru yang mengikuti slot ceramah dalam
Majlis Hari Profesionalisme

Semoga dengan majlis ilmu ini, guru-guru yang didedahkan dengan  Hari Profesionalisme akan dapat merobah anjakan pradigma dalam menyampaikan ilmu atau metod pendidikan kepada anak-anak murid di sekolah.

Sekian,

MUHADI HJ. MAJID
PK. Kokum,
SMK. Kabogan II,
Semporna, Sabah.


05 November 2009

Majlis Penghargaan Kokurikulum Kepada Pelajar-Pelajar SMK. Kabogan 2, Semporna, Tahun 2009

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ini 5 November 2009, SMK. Kabogan 2, mengadakan sebuah majlis yang disebut sebagai "Majlis Penghargaan Kokurikulum". Majlis ini sebenarnya adalah idea daripada Pengetua (En. Abdul Said Hj. Mahid) untuk menghargai sumbangan dan usaha pelajar-pelajar SMK. Kabogan 2, yang pernah mewakili dan menaikkan imej sekolah dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun 2009.

Hasil daripada perbincangan dan pandangan daripada pengetua, para pelajar yang hadir diraikan dengan jamuan tengah hari dan penyerahan sijil penghargaan. Seramai 74 orang pelajar yang terlibat diraikan dalam majlis tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PK Pentadbiran (En. Dandai Hj. Uddang), PK HEM (En. Abdul Samad Hj. Sulaiman), PK Kokum (En. Muhadi Hj. Majid) dan guru-guru. Turut dijemput dalam majlis tersebut ialah Pn. Norkasmah Omar Batha (Mantan PK. Kokum, SMK. Kabogan II, - kini bertugas di SMK. Kabogan, sebagai PK. Kokum).

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar SMK. Kabogan II, yang telah memberikan sumbangan untuk menaikan imej sekolah sepanjang tahun 2009 ini. Semoga pada tahun hadapan usaha dilipatgandakan lagi untuk cemerlang dalam kokurikulum.

Sekian.

MUHADI HJ. MAJID
PK Kokum,
SMK. Kabogan II, Semporna

02 November 2009

Di Hujung Persekolahan 2009, bagaimana....

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, apa khabar semuanya. Hendaknya semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Syukur, sehingga pada hari ini kita masih diberi ruang untuk menghirup udara segar di bumi Allah yang maha kaya ini. Moga kita juga diberi kekuatan untuk meneruskan usaha dan langkah perjuangan dalam medan pendidikan ini. Medan yang sememangnya penuh mencabar dan dugaan ini harus kita tempuh walau betapa perit halangan yang menimpa.

Sedar tak sedar, kita (cikgu) rupa-rupanya sudah berada di penghujung persekolahan tahun 2009. Bagaimana usaha kita sepanjanag tahun 2009 ini? Adakah sudah berhasil? atau belum lagi menampakkan pulangan yang diharapkan? atau mungkin juga kita tidak mampu untuk mendepani cabaran yang kita harungi? atau kita sudah menemui jalan kegagalan? Walau apa pun keadaannya yang kita hadapi, seharusnya kita kenalah bermuhasabah diri. Kena renung, kena lihat dalam diri adakah usaha kita sepanjang tahun 2009 ini sudah mencukupi, atau bagaimana?

Kita sentiasa mengharapkan agar anak-anak didik kita memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Memang begitulah lazimnya. Kita akan rasa tumpang gembira apabila anak-anak didik memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kita juga akan rasa bangga jika keputusan mata pelajaran yang kita ajarkan itu turut meningkat. Kalau keputusan mata pelajaran itu merosot bagaimana? Kenalah berusaha lebih kuat, lebih tekun dan lebih segala-galanya lagi pada tahun hadapan? Bagaimana? Fikir-fikirkanlah!!!

Sekian, jumpa lagi.